Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.
Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.
Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.
Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan tidur selepas solat Subuh,
nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa.
kerana mati boleh datang bila-bila masa
Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa
Jangan biasakan berbohong,
kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan, Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
Wasalam
Thursday, December 31, 2009
[ILMU & AMAL] Antara Pilihan "IBU dan ANAK"
Antara Pilihan "IBU dan ANAK"
Seorang lelaki berjalan mundar-mandir di lorong hospital, gelisah akan keadaan isterinya yang akan melahirkan anak sulung mereka. Setelah beberapa jam ia menunggu, tak jua terdengar tangisan bayi. Tiba-tiba, seorang doktor berjalan tergopoh-gopoh keluar dari ruang persalinan menuju kearahnya.
"Bagaimana keadaannya doktor?" tanyanya penuh harap..
"Maaf encik, kami sudah berusaha, keadaannya amat kritikal. Si ibu sudah tak sedarkan diri! " jawab doktor itu.
"Jadi bagaimana doktor ..?"
"Kami tak mungkin dan berupaya untuk menyelamatkan keduanya, tapi masih ada harapan. Kami hanya punya satu pilihan, menyelamatkan si ibu, atau menyelamatkan si bayi!"
Lelaki tersebut kebingungan, dan tak dapat berkata-kata........
"Maaf encik, setiap saat amat berharga, tolong cepat untuk membuat pilihan!" desak doktor itu.
Akhirnya, dengan berat hati lelaki itupun berkata dengan nada sayu, "Doktor, saya sangat bingung .. Saya serahkan sepenuhnya kepada doktor. Tolong lakukan yang terbaik!" pintanya.
Doktor pun bergegas kembali ke ruang persalinan. Nampaknya dia sudah berpengalaman menangani masalah darurat atau kritikal seperti ini. Dan dia tahu apa yang harus dilakukannya.
-------------------------------------------------
Ini adalah salah satu contoh, bagaimana keyakinan beragama boleh mempengaruhi keputusan disaat genting.
Bagi seorang doktor beragama kristian/katolik, ia akan berusaha menyelamatkan si anak, dan mengorbankan si ibu.
Bagi doktor muslim, ia akan berusaha menyelamatkan si ibu, dan mengorbankan si bayi.
Memang benar, dua-duanya adalah pilihan yang sukar, tapi itulah jalan terakhir dan muktamad.
Mengapa ia boleh berlaku seperti demikian?
Dalam ajaran kristian, setiap manusia yang lahir sudah membawa dosa, doktrin ini dikenal dengan "dosa waris" atau "dosa asal". Manusia yang lahir sudah menanggung dosa Nabi Adam dan Hawa. Untuk menebusnya ia harus mengikuti seorang penyelamat yakni penebus dosa (Ketua Paderi atau Pope).

Doktor Kristian itu akan berjuang sedaya upaya untuk menyelamatkan si anak, agar dia dapat lahir dengan sihat dan selamat walaupun sebaliknya terpaksa mengorbankan si ibu . Doktor berharap, setelah anak itu lahir ia akan mendapat kesempatan untuk dibaptiskan, untuk tujuan menebus dosanya. Jika si anak meninggal sebelum dibaptiskan, anak itu akan masuk neraka.
Sebab, dosanya belum sempat ditebus.
Dalam ajaran Islam, setiap manusia lahir dalam keadaan fitrah/suci. Doktor muslim akan berjuang menyelamatkan si ibu, kerana dia tidak bimbang yang bayi akan masuk neraka. Dengan terselamatkannya si ibu, insyaAllah setelah sihat kembali akan dikurniai kekuatan untuk mengandung lagi dan mudah-mudahan mendapatkan ganti yang lebih baik, yang lebih soleh.
Sedangkan anak yang tak sempat terselamatkan, biarlah ia kembali kepada Allah dalam keadaan suci. Mungkin lebih baik sekiranya bayi itu tidak dilahirkan di dunia yang penuh tipu daya ini agar hidupnya kelak tidak menjadi orang yang tersesat.
Demikianlah, dalam keadaan serba salah lelaki itu tak sempat untuk memastikan agama doktor tadi. Dan ia sudah berserah sepenuhnya kepada doktor itu.
Di dunia ini ada banyak agama dan kepercayaan. Pemahaman kita terhadap ajaran agama yang kita anut, akan menentukan jalan hidup kita.
Itu sebabnya amat penting bagi kita orang Islam menentukan yang bakal menerima kelahiran anak kita adalah seorang doktor muslim.
Sejak bangun tidur, kita sudah dihadapkan kepada pilihan.
1. Meneruskan tidur, atau bangun sholat subuh?
2. Untuk lunch dahulu, atau sholat zohor dahulu?
3. Setelah habis kerja, adakah terus pulang ke rumah, atau singgah ke gerai kopi/disco dahulu?
4. Ikut terlibat melakukan pecah amanah, atau dimusuhi rakan sekerja?
5. Menyegerakan berkahwin, atau menundanya dulu?
6. Hidup mulia di sisi Allah, atau mulia dalam pandangan manusia?
7. Dan banyak lagi.....
Kita akan sering dihadapkan pada pilihan-pilihan yang lebih sukar, dan melibatkan akibat atau natijah yang sangat ditakuti.
Tambahkan diri dengan ILMU. Mudah2an selamat kita semua di dunia & di akhirat. Amiin.
[ILMU & AMAL] Jom Mempertingkatkan Iman
....Ingat mengingatilah kita sesama umat Islam....
Pertama:
Lebih daripada sembahyang fardu lima kali sehari hendaklah anda melakukan sunat rawatib, 12 rakaat sehari yakni sunat yang mengiringi sembahyang fardu itu; dua rakaat sebelum sembahyang subuh dan empat rakaat sebelum sembahyang Zuhur dan dua rakaat selepas sembahyang Zuhur campur dua rakaat selepas sembahyang Maghrib campur dua rakaat selepas sembahyang Isyak.
Menurut keterangan hadis riwayat Muslim, sesiapa bersembahyang sunat 12 rakaat sehari semalam akan dibina baginya sebuah rumah di syurga.
Kedua:
Sembahyang malam sekurang-kurangnya dua rakaat. Ini memberikan kelebihan dimakbulkan doa seseorang itu.
Ketiga:
Sembahyang sunat Duha pada setiap pagi selepas naik matahari sama ada dua rakaat, empat rakaat atau lapan rakaat. Amalan ini memberikan erti dan makna setiap sendi manusia itu bersedekah pada hari itu. Dalam satu sabda Rasulullah s.a.w. pernah menyatakan maksud sabdanya: Setiap tasbih (subhanallah) itu sedekah, pujian (al-Hamdulillah) itu sedekah, tahlil (Lailahaillallah) itu sedekah, Takbir (Allahu Akbar) itu sedekah, amar makruf (menyuruh orang berbuat baik) itu sedekah, nahi munkar (melarang orang berbuat jahat) itu sedekah, dua rakaat sembahyang sunat Duha itu sedekah (riwayat Bukhari dan Muslim).
Keempat:
Boleh juga dijadikan amalan tetap harian membaca surah al-Mulk, di mana surah yang mengandungi 30 ayat ini dapat memberikan syafaat kepada mereka yang membacanya
Kelima:
Hadis yang jelas menyuruh kita membaca La ilaha illa Allah wahdahu la sharikalah,. Lahu l-Mulk wa lahu al- Hamd wa huwa 'ala kulli sha'in qadir, sebanyak 100 kali sehari akan diampunkan dosa-dosa ( riwayat Muslim).
Keenam:
Sentiasa berselawat ke atas junjungan Rasulullah s.a.w. di mana sesiapa berselawat satu kali, Allah berselawat 10 kali kepadanya (memberkati dan menurunkan rahmat). Malah ada hadis yang menyebut, mereka yang paling kedekut adalah orang yang apabila disebut nama nabi s.a.w. dia bakhil untuk berselawat.
Ketujuh:
Bertasbih dengan Subhanallah al-'Azim, subhanallah wa bi hamdihi juga 100 kali sehari diberikan ganjaran tanaman pohon tamar kepadanya di syurga nanti.
Kelapan:
Beristighfar sebanyak mungkin pada setiap hari.
Ini semua merupakan amalan harian yang sepatutnya di amalkan oleh mereka yang ingin meningkatkan penghayatan Islam yang baik.
Terdapat banyak lagi seruan dari Allah dan Rasul agar kita banyak membaca al-Quran, paling tidak beberapa ayat al-Quran dalam sehari. Bukan sahaja membaca tetapi memahami akan makna dan maksud tujuan ayat-ayat itu. Membaca al-Quran selain banyak mendatangkan kebaikan dan pahalanya ia mendatangkan ketenangan hati kepada para pembacanya.
Bagi meningkatkan lagi hubungan manusia dengan Allah perlu di perbanyakkan berdoa pada masa-masa terluang, terutama selepas sembahyang atau di mana sahaja. Bagi memperelokkan agar doa diterima ikutlah adab-adab berdoa yang banyak ditulis dalam buku-buku agama.
DifahamiApa yang penting setiap doa dan zikir yang dibaca itu bukan hanya sekadar di bibir sahaja, tetapi harus difahami dan dihayati akan maksud-maksudnya. Saya percaya jika ini dapat dibuat masalah yang selalu menghimpit jiwa mereka yang sakit akan dirawati.
Meskipun segala bacaan itu baik, namun untuk menguatkan lagi iman, kita dituntut bekerja, berusaha dan bercampur gaul dengan orang ramai. Tunjukkan akhlak dan contoh teladan yang baik, sehingga kita mampu menyayangi orang lain dan orang lain juga menyayangi kita. Justeru iman dalam Islam bukan hanya bersifat pasif tetapi aktif malah proaktif.
Apa yang penting setiap daripada kita memahami banyak perkara yang nantinya akan dipersoalkan kepada kita pada hari kiamat kelak. Tidak ada orang yang tidak merasa bimbang dengan pertemuan di akhirat bersama Allah nanti. Justeru itu sekali lagi diingatkan agar semua orang menjauhi daripada perkara negatif seperti membenci, berdendam, mengutuk dan mengata apalagi melakukan maksiat seperti mencuri, membunuh, rasuah dan sebagaimana yang akan merosakkan iman dan mengurangkan kualiti keimanan kita.
Bagi mereka yang merasakan banyak lagi kekurangan daripada segi ilmu pengetahuan, bacalah buku-buku yang berguna. Kesilapan masyarakat kita adalah malas membaca bahan-bahan yang baik dan banyak tertumpu kepada hiburan yang mungkin hanya memberi hiburan segera tetapi pada jangka masa panjang merosakkan akal dan perasaan kita sendiri.
Mereka yang ada kekuatan menghafal mereka digalakkan pula menghafal kalau pun tidak keseluruhan al-Quran, jika ada beberapa surah atau juzuk al-Quran, sudah semestinya memberikan kebaikan sama ada di dunia apalagi di akhirat.
AmalanBanyak lagi amalan yang boleh dilakukan bagi menguatkan keimanan. Tetapi setiap orang ada amalan yang lebih mudah untuk dirinya melakukannya. Ada orang senang berpuasa, tetapi ada mereka yang agak keberatan untuk berpuasa sunat. Pilihlah mana yang lebih ringan untuk dilakukan dan mempertingkatkan diri dari satu masa ke satu masa.
Keimanan tidak akan menghalang kita untuk bekerja atau mengambil rehat hatta untuk bercuti makan angin asalkan sahaja dapat mengisinya dengan perkara baik.
Suasana di pantai dan pengembaraan dalam hutan memberikan inspirasi yang banyak kepada mereka yang suka berfikir dan mempunyai perasaan yang halus. Bagaikan seorang seniman yang akan dapat menangkap segala perkara dijadikan bagi dijadikan ilham untuk mencipta puisi dan tulisan. Orang beriman akan mengukir semua kehidupan bagi tujuan berabdi diri kepada Allah s.w.t. dan menunaikan tugas sebagai khalifah Allah jua.
Untuk peringatan kita semua jangan merasa remeh perkara-perkara kebaikan yang dilakukan, walau pun ia kecil, mungkin ia bernilai besar di sisi Allah. Begitu juga jangan meremehkan dosa yang kita buat walau pun kecil pada diri kita, mungkin ia besar pada sisi Allah s.w.t.
Wallahua'lam.

Tuesday, December 29, 2009
Thursday, December 24, 2009
Wednesday, December 23, 2009
[weddingRECEPT] Rembau Neg9.
19Disember2009....
Menghadiri kenduri 'berlagapusat' adik sahabat lorong rumah aku...SaifulNizamKamarudin.
Kebetulan aku dan isteri balik ke Rembau Neg9....maka langsung lah aku pergi kenduri tu.
Rupa-rupanya tidak le jauh sgt dari rumah nenek isteri aku. Pada jam 12.30noon pada hari tersebut, aku set tunggu Hadrul dan isteri utk sama-sama meriahkan majlis ni.
Gambar #3 : Dari kiri Aku, Wife aku (Nadia), Wife Hadrul (Lia), Puteri Hadrul (Fareesya), Hadrul, Epol, Puteri Epol (Echah), Baby toBE (dlm kandungan tu....) dan akhir sekali Wife Epol (Epah) ......
Layan je....!!!!
Monday, December 7, 2009
[afdlin's rulez] Lu memang BEST...!!!!

citer2 afdlin shauki ni, mmg gua sntiasa follow sejak dia kurus...dan sehingga lah di "sekurus2" skang ni.......
gua mmg tabik lah ngan bro ni........citer yg mmg selamba....dan lakonannya mmg best....
MOVIEs : (antara arahannya dan lakonannya)
- Soal Hati
- Soalnya Siapa
- Buli
- Buli Balik
- Baik Punya Cilok
- Sumo
- Los & Faun
- Cuci (director...Hans Issac)
- Sepi
- Papadom
- MySPY (coming soon).....
AFDLIN's CRAZE in muviessss:
- Hans Issac
- AC Mizal
- Awie
- Harun Salim Bachik
[papadom]
MIASARA
miasara
waktu pagi kau sinari hidup ini
bangun papa bangun mami
kau sebut di telinga kami
satu hari kau kan pergi
tinggal kami bersendiri
walau apa kan terjadi
kau tetap akan kami cintai
oohhhh...miasara tidur lahh
kami kan bersama mu
dibuai mimpi nan indah
dan doa papa dan mama mu
tidur lah miasara
tidur lah miasara
tidur lah
miasara
yang pertama anugerah terutama
senyuman mu belai jiwa
mengubat hati yang lara
tuhan lindungi permata
selamatkan sentiasa
dari duka di dunia
akan kita hadapi bersama
rambutmu, matamu, bibirmu, hatimu
senyummu, tawamu dihatiku selalu
ooohhh...miasara tidur lah
kasihani mama mu
kerana dia menunggu
untuk bersama bapamu
tidurlah miasara
tidurlah miasara
tidurlah....
tidur lah miasara
tidur lah miasara
tidur lah miasara
hoooo....tidurlah....
Wednesday, November 18, 2009
[18NOVEMBER2009] Terus Mencintaimu

18November2009......Syukur alhamduliLlah, tarikh yg penuh bermakna dlm kehidupan aku dan isteri. 18November2006 adalah titiktolak ulangtahun perkahwinan ini diraikan. Maka hari ini adalah genap pernikahan kami yg ke-3 tahun. AlhamduliLlah.....syukur aku pada ALlah.
18Nov2006...adalah hari akadnikah ijab dan kabul, janji termeterai hingga hujung nyawa.....Aku sah menjadi suami kepada Norazuar Nadia Mohamed Thakayeedin....dan Nadia sah menjadi surihidup kepada Mohd Nizam Hashim. Majlis Resepsi pula diadakan pada 02Disember2006 (Nadia) dan 24Disember2006(Nizam).
Dalam tempoh 3tahun kehidupan aku (suami/isteri) pelbagai onak dan ranjau dilalui. Gelaktawa...sukariang.....hiba, duka...semua dihadapi dengan setenang2 yg mungkin. Bukan perbalahan antara kami yg dimaksudkan...tp, sesuatu peristiwa demi peristiwa terjadi. Namun semua itu lumrah hidup. Seperti dlm masakan.....manakan sedap kalo masakan terasa manis shj....perlu juga diletak garam supaya masin sedikit...diletakkan juga cili...dsb perencah lain supaya masakan itu menjadi lebih sedap dan terasa nikmatnya.
Kepada isteriku...nadia a.k.a bebe...
Bubu syg bebe sangat2......terima kasih kerana terus setia dan percaya dgn kejujuran antara kita berdua selama ini. Terima kasih ALlah...kerana aku memperisterikan Nadia....kerana aku dilengkapi dengan kehidupan sekarang. Semoga kami terus kekal hingga ke akhir hayat.....semoga kami kekal di SyurgaMu....Berkati...lindungi dan rahmatilah kami...kurniakan taufik dan hidayah untuk kami terus mentauhidkan Engkau sebagai hamba yg amat kerdil di muka bumi ini.......ya rabbalamin.....Amin.
.....BEBE.....
SELAMAT ULANGTAHUN KE-3 PERKAHWINAN KITA
semoga kita terus bahagia disinari cahaya-cahaya keimanan
dan kasihsayang
.Amin.
Thursday, November 12, 2009
[Mencari Ketenangan] Nadia.....aku syg padamu...!!!
Lagi dlm hidup aku…dan nadia (isteri tersayang).
Rabu (11/11/2009)….jam 9.30am. Di Klinik O&G, PPUKM temujanji rutin ibu mngandung dan semestinya isteriku, nadia adalah yg dimaksudkan. Setiap kali temu janji dan imbasan yg dilakukan pasti membuat hatiku dan nadia berdetik2 mncari sendiri jawapan.
Hati mana yg tidak hiba.....melihat isteri yg tahu anak dlm kandungan tidak lg brnyawa.....sejantan manapun kita, sehebat manapun kita, hati sebak tidak terkata, airmata mngalir tidak terasa..apa tidaknya, melihat isteri kembali sedih semalaman, kandungan pertama kali jd pengalaman, kandungan kedua kali jadi taruhan, kandungan ketiga kali pergi dengan kenangan, kandungan keempat pula pergi dengan harapan dan kini kali kelima kandungan mengharap penuh dugaan……
Pedulikan doktor dan nurse, kucupan dan belaian demi belaian..why 5x prgnant tidak kekal kelahiran....? me n nadia, kuatkan iman....ini sumer ketentuan Tuhan...ada sebab jd demikian, ada hikmah yg tidak kita ketahuan.
Kini isteriku masih di rumah….diberi rehat utk peroleh kekuatan. Khabar dr doktor, mngkin Isnin (16/11/2009) isteriku akan dimasukkan ke wad utk prosedur seterusnya. Isteriku yg tercinta kmbali sugul dan hiba...apatah lg, aku yg tidak seberapa hebat tahap naluri seorg ayah lg, kmbali perlu mempersiapkan minda dan keyakinan diri utk memulihkan emosi seorg isteri...
Ya Allah….berikanlah aku kekuatan..aku insan kerdil di atas muka bumiMu….
Insy'ALlah, tanggal 18 November 2009 adalah hari ulangtahun perkahwinan aku dan nadia yg ke-3 tahun. Dan tahun ni, bubu raikan sambutan ulangthn perkahwinan kita di wad....tetap setia bersama bebe. Tiada kek...tiada hadiah...cuma kehadiran suami di sisi shj yg mampu bubu persembahkan utk bebe.....(bebe penah brkata, anak yg bakal dilahirkan ni adalah due pada awal Jun 2010 dan itu hadiah utk bfday bubu....) tp, rupanya ulngthn perkahwinan ni menjelaskan segalanya. Ya Allah….berikanlah aku kekuatan..aku insan kerdil di atas muka bumiMu….aku xmampu mnghadapinya tanpa izin dan rahmatMu...
Sehingga kita brjumpa lagi.......biar aku dan nadia mencari ketenangan diri......kekadang aku tersentuh bila melihat anak2 kecil riang gembira, tangis duka brsama ibubapanya..tp, aku dan nadia tiada kesempatan utk itu lg. Aku paham......ALlah menentu segalanya. Tp, aku dan nadia insan biasa.....sumer org insan biasa...tipu la kalo aku bongkak sombong menidakkan kesedihan aku....kekadang aku dan nadia menjadi cemburu dgn kebahagiaan kluarga lain dan anak2nya.... Sehingga sampai satu tahap, pernah dulu...nadia pencilkan diri, takmau bertemu sesape apatah lg yg sudah punya anak....tp, aku kuatkan nadia dgn ransangan dan dorongan sahabat2 di sini....sahabat2 yg rapat dan ahli kluarga kami. Dan ternyata.....kami memerlukan sokongan ini.
Adakah pernah terfikir di fikiran tuan/puan...knape aku dn nadia tidak seaktif dulu dlm aktiviti forum........???? Hanya "mereka2" yg sentiasa keep in touch ngan aku....tahu menahu apa sbenarnya yg aku hadapi selama ni....Kepada sesape yg memikiri aku begitu begini....persilakan..itu hak masing2...aku sekadar mengucapkan "Alhamdulillah...itu sumer dr ILlahi....."
Kepada sahabat2 aku sumer......terima kasih di atas ucapan ini....terima kasih di atas panggilan telefon....terima kasih di atas SMS diberi. Ucapan terima kasih jg kepada isteri2 tuan yg ada mnghubungi nadia bertanyakan khabar...dan mndengar luahan hati. Isteri aku kembali senyum dan kembali kuat di atas sokongan dan perhatian yg diberi. Yg dah dtg rumah...terima kasih byk2...mintak maaf, skiranya kurang layanan....emosi masih tidak keruan...
Aku adalah AKU...suami kepada seorg isteri yg perlu perhatian dan kasihsyg disisi.....anakmenantu kepada mentua aku yg perlu berbudibahasa....cucumenantu kepada nenekmntua yg perlu sentiasa berbaiksangka.......pekerja kepada majikan yang perlu mengikut peraturan yg ditetapkan.....pemilik kepada KUDAPUTIH yg sntiasa aku tunggangi.....dan aku seorang sahabat kepada sahabat2 (di sini) aku yang sentiasa aku sayangi. Terima kasih kepada yg sudi membaca catatan masa terluang aku setakat ini. Aku "ZERO"....dan bg menghilang pikiran "ZERO", jari aku terus menaip luahan ini. Mintak maaf, sekiranya aku sekadar menyemak thread ini. Dalam hal ini...aku tidak menyalahkan ketentuan ILlahi...sekadar coretan diri.
Assalamualaikum........
[AKU adalah Hamba ALLAH yg terus mengabdikan diri.....]
link; http://forum.eleganeers.net/viewtopic.php?f=24&t=2853

JANGAN MENGELUH...kata hatiku..
JANGAN MENGELUH ...........
Kita selalu Bertanya....................
dan
Al-Quran sudah pun menjawabnya..................
KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB: "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216
KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB: "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286
KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB: "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB: "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

QURAN MENJAWAB: "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45
KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB: "Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ? - Surah At-Taubah ayat 111
KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB: "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." - Surah At-Taubah ayat 129
KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB: "... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12
aku mengerti.....kehidupan harus diteruskan...
[TO BE CONTINUE...]

Friday, November 6, 2009
[GILA-GILA REMAJA 2009] Ride to North
[25Oktober2009]
Merentas Hiway Utara-Selatan (PLUS) mnghala ke utara semenanjung bersama-sama anak-anak (kakak dan abg aku)....Elegan with Nouvo S.
Perjalanan bermula jam 11.30pagi dari Saujana Impian, Kajang Selangor. Berbekal air mineral dan 100plus..masing-masing bersemangat memulakan perjalanan. Sampai di check-point pertama, Shell Toll Duta...tugasan mengisi perut kuda masing-masing. Doa pemula perjalanan...kami teruskan.
[kuda putih sedia beraksi]

[RSVP]
Thursday, October 29, 2009
Sepetang di Pulau Pinang
[17 & 18 Okt. 2009]
Aku bersama isteri beserta anak2 kakak dan abg aku pulang ke kampung halaman sebelah utara. Tujuannya adalah menghadiri jemputan WalimatulUrus di rumah Paksu&Maksu aku di Kuala Ketil, Kedah DarulPeace....
Kami tiba di Butterworth, transit rumah kakak aku skjap. Rehat2.....tu yg boleh brgambar tepi pantai tu.. Kemudian mlm tu, aku bersama isteri dan kakak serta anaknya merounding sekitar Penang...tp, sampe takat Padang Kota je. Maleh nak round jauh2....sbbnya, esknya aku nak pulang semula ke kota yg penuh sesak.....jadinya pi Penang ni skadar mncari ketenangan dr kebisingan kota KL...
Aku masukkan serba sedikit gmbar2 yg sempat aku amik masa tu....yg agak2 oke le ni...(tp, sbenarnya nyesal gak....sbb aku x bawa DSLR aku pulang brsama....jd, ini adalah lensa skodeng Compact Olympus isteriku.....layan gak niiii...hihihiiii)
Tuesday, August 4, 2009
[OGOS] Bulan Keberkatan dan Kerahmatan ---> Puasa & Merdeka
Salam..
utk sekian lamanya, gua tidak bersua tuan/puan dlm blog ni.
Alhamdulillah.....aku, kamu dan semua yg mmbaca blog ni dpt menjalani ibadah puasa utk tahun ini 2009. Insy'ALlah. Dptlah kita beribadat di bulan yg penuh keberkatan ini. Sbbnya, ada kata2 ahli ulamak......"puasa yg kita jalani skang ini.....buatlah sebaik2 mungkin. Adalah kerana, kita blum pasti utk berjumpa Ramadhan yg akan dtg...." AlhamduliLlah, kita masih diberi peluang lagi.
Dan...
dlm bulan yg sama, kita akan menyambut kemerdekaan Malaysia yg ke-52. Sudah mencecah usia 50an kemerdekaan kita ni kan. Tapi, merdeka sepenuhnya kah kita ni....??? Aku stop kat sini dulu....utk aku mncari jawapannya.......

Thursday, April 30, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)