Majdeena Naffesa Hasyeema

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Monday, August 1, 2011

[01ramadhan1432h]...01ogos2011....

Ahlan wasahlan....ya Ramadhan....

Jika semua HARTA adalah RACUN maka ZAKATlah penawarnya,
Jika seluruh UMUR adalah DOSA maka TAQWA & TAUBATlah ubatnya,
Jika seluruh BULAN adalah NODA maka RAMADHAN lah pemutihnya

“Marhaban Ya Ramadhan”

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa
Semoga kita selalu diberkati di bulan yang penuh mahrifah ini. Aminn…

dari aku dn nadia...
mohon dimaafkn segala salah dn khilaf kami....spnjang dn sehingga ke tempoh ini...
smoga kita bersama mndapat barakah dn taufik serta hidayah dariNya....dn brdoalah supaya kita diketemukan lagi pada Ramadhan tahun hadapan....dan seterusnya....

Monday, July 4, 2011

[22june'11]...Majdeena Naffesa Hasyeema....


Majdeena Naffesa Hasyeema

(kemuliaan agama, paling brharga/brnilai, brakhlak mulia dn brmaruah)

Syukur kehadrat Allah...lahirnya Majdeena Naffesa Hasyeema Bt. Mohd Nizam Hashim, pada 22june11 bersamaan 20rejab1432h yg lalu pelengkap penantian aku dn nadia selama hampir 5thn dlm perkahwinan kami. setelah melalui dugaan demi dugaan dgn 4keguguran + 1kematian dlm kandungan dan kini kandungan ke6, akhirnya lahir puteri permata hati aku dn nadia....

Tanggal 22june11....spt yg aku masukkn dlm thread ucapan lahir aku..."bulan kelahiran dn ketiadaan".. aku brsyukur sgt2.....setelah dimasukkan ke wad pd 20june11, yg mana pada pendapat Pakar O&G utk jalankan prosedur operate ke atas wife aku...(kerana bimbang, trjadinya komplikasi jntung bb trhenti spt sblum ni..) tp, wife aku snggup utk melahirkan puteri ni...secara normal.

pd, tghmlm 21june11....nadia dimasukkan ke laborroom..krn dh ada bukaan 3sm...mnanggung kesakitan brsalin brmula jam 1.00am shingga mjengah jam 9.15am....kurniaan Illahi, maka Majdeena dilahirkan penuh membawa erti dn mngundang airmata kegmbiraan tidak trhingga dlm hidup kami... sakit yg ditanggung dn mata yg mngantuk keletihan lenyap begitu sj..apabila melihat sekujur tubuh anak kecil yg telah dinntikan begitu lama.... Alhamdulillah.....kini brsama dn brsedia ditatapi dn dibelai oleh ayah dn maknya...

22june11, jam 9.15am....
aku skadar mesej kepada yg trmmpu....hati gmbira....trharu.
pd mulanya...hati agk gusar, apabila anak yg dilahirkan tidak brgerak dn tidak menangis walopun sedikit.... shingga lah 5-10min kemudian....setelah aku diarahkan meninggalkan nadia dn bb dlm blk brsalin utk proses seterusnya...br kedengaran suara prtama ank aku menangis..pherghhhhhhh, alhamdulillah......sujud pd Allah...syukur pd Allah.....

23june11.....
nadia dn bb...discaj dr PPUKM apabila kedua2 didpti sihat sepenuhnya.. kepada yg call dn texting aku spnjang tempoh2 trsebut.....terima kasih byk2..... yg dtg melawat kami di spital....terima kasih byk2.... yg dtg ke rumah aku.........jg terima kasih byk2.....terima kasih sgt2... doa2 kalian...mnjadi penawar buat nadia dlm meniti saat2 tersebut..... smoga Allah sj yg mmbalas jasa2 tuan/puan.

kpd sahabat2 yg tahu akan perihal penantian ini....
ini lah...."anak" tuan/puan jg......moga diteruskn brdoa utk kesihatan yg berterusan kpd anak ini..dn ank2 tuan/puan. trgmbar wajah yg amat ceria pada nadia..... Alhamdulillah....


bermula chapter baru dlm hidup aku dn nadia.......
"..dan sesungguhnya, aku mohon perlindungan untuknya serta anak-anak keturunannya kepada pemeliharaan Engkau drpada syaitan yg terkutuk...."...aminnn....


[22june'11]...lahirnya Majdeena Naffesa Hasyeema....

Wednesday, June 1, 2011

[JUN-2011]....its just another months, but this one is very meaningful...full of memories.


(02 June)


"Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.

Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu...Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.

Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usia begini...aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini...aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini...aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.

Ya Muhaimin...pimpinlah tangan hambaMu ini...pimpinlah hati hambaMu ini...pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Ya Al Hakiim...berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah aku si yatim piatu ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.

Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.

Amin Ya Rabbul Alamin."




[05 & 09 Jun....]
(Al-Fatihah utk ayhnda dn bonda tercinta....)



"Ya Allah, ya Tuhan kami
Ampunkanlah dosa kami dan maafkanlah kesilapan kami zahir dan batin.
Ampunkan dosa ayah dan ibu kami, ya Allah…
Itu lah ayah yang telah banyak berkorban untuk kami….
Itu lah ibu yang telah mengandung dan melahirkan kami dengan sepenuh penderitaan
Ampunkanlah dosa-dosa ayah dan ibu kami yang masih hidup, apatah lagi yang telah pergi…"

Sudirman - Ayah dan Ibu
Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat

[JUN-2011]
....its just another months, but this one is very meaningful...full of memories.

Monday, May 23, 2011

[21/5/2011]...suatu ketika.....







sekadar isi masa lapang gua...


....ini vclip bbe dan kawan2nya....


(majlis pertunangan fadz)

Wednesday, May 18, 2011

[15/5/2011]....doing my MCs.....




(bersama "Raja Sehari" - Sdr. Eddie dan Sdri. Nina)



(bersama "Tuan Rumah" - YBhg. Prof. Dato' Dr. Sukiman Sarmani & YBhg. Prof. Madya Datin Dr. Ainon Hamzah)

on May, 15 2011...
aku dan keje/hobi/minat/partime job aku.....hehehee
aku dpt jemputan utk mengacarakan Majlis Perkahwinan (Nina dn Eddie), di Dewan Tun Abdullah Salleh UKM Bangi, Selangor.

whts d'priceless momentos....!!!
nak tgk gmbar2 lain...sila ke FB aku.....



[15/5/2011] ......doing my MCs......

[29/4-1/5/2011]...TeamBuilding JPAm2011....




Assalamualaikum...wbt.

wahhhhh...dh lama x update blog aku ni....
last ari tu, masa aku pi Telok Batik, Lumut utk Bengkel PPT...

dan kali ni...
aku bersama Jabatan Pentadbiran Am, PPUKM ke Seaview Langkawi Hotel, Langkawi (29/4 - 1/5/2011)....utk Program Sanggar Kerja (Team Building) JPAm 2011.
dan kali ni jg...aku jd Ketua Projek prgram.....
dan kali ni jg...jabatan aku minta aku set something utk Majlis Ketua Jabatan aku..yg bakal bersara pd tahun ni. (ini hasil Vclip yg sempat aku buat utk majlis tu.....)




TENTATIF PROGRAM yg disediakan....
28 APRIL 2011 (Khamis)
Berkumpul di Lobi Blok Asrama Jururawat PPUKM
2100 - Persiapan dan Pendaftaran Peserta
2200 - Dijangka bertolak ke Jeti Kuala Perlis, Perlis.

29 APRIL 2011 (Jumaat)
Jeti Kuala Perlis, Perlis.
0600 - Dijangka tiba di Jeti Kuala Perlis, Perlis.
- Solat Subuh.
0700 - Sarapan pagi (sendiri)
0800 - Berkumpul di ruang Jeti Kuala Perlis untuk pendaftaran masuk ke feri.
1000 - Dijangka tiba di Jeti Langkawi, Pulau Langkawi.
- Free n Easy
1300 - Solat Jumaat

Tiba Hotel Langkawi Seaview, Pulau Langkawi.
1400 - Pendaftaran Masuk (check-in) ke Hotel Langkawi Seaview, L’kawi.
- Urusan daftar bilik penginapan.
1600 - Sesi Taklimat Program (Urus setia)
1615 - “Siapa Diri Ini”
1900 - Makan Malam / Solat Maghrib
2030 - Perasmian Program Sanggar Kerja JPAM 2011
- Bacaan Doa
- Ucapan : YBhs Ketua, JPAM Tn. Hj. Mohd Jamal Ali.
2100 - “Kenali Diri Ini”
2230 - Minum Malam.
2300 - Bersurai

30 APRIL 2011 (Sabtu)
Hotel Langkawi Seaview, Pulau Langkawi.
0600 - Solat Subuh.
0700 - Sarapan pagi
0830 - “Sedar Ruang…Sedar Peluang”
1000 - Minum pagi
1030 - “Jangan Lupa”
1230 - Makan Tengahari.
- Solat Zuhur.
1430 - “There is not I in Teamwork.”
1900 - Solat Maghrib
2030 - Majlis Makan Malam JPAM 2011 “Hitam Putih Kehidupan”
- Bacaan Doa
- Ucapan : YBhs Ketua, JPAM, Tn. Hj. Mohd Jamal Ali.
2300 - Bersurai

1 MEI 2011 (Ahad)
Hotel Langkawi Seaview, Pulau Langkawi.
0600 - Solat Subuh.
0700 - Sarapan pagi
0830 - Pendaftaran Keluar (check-out)


aku dan seorang lg pegawai in-charge utk ice-breaking dan team building classes....!!!
letih sgt2...!!!

lagi gmbar2 ada dlm FB aku.....bole selongkar la tgk ye....
sampe jmpa lagi......



[29/4-1/5/2011]...TeamBuilding JPAm2011....

Monday, March 28, 2011

Monday, March 7, 2011

[Baju Korporat PPUKM] Hari Pelancaran 7/3/2011

Majlis Perhimpunan Kakitangan PPUKM Bil 2/2011.
7/3/2011
Auditorium PPUKM
.

Aku...mcm biasa sbg Pengacara Majlis...dan back-up MC adalah Zek...mybest buddies...
Pada hari perhimpunan ni...pelbagai makluman terkini disampaikn oleh YBhg. Prof. Dato' Dr. Raymond Azman Ali, Dekan Fakulti Perubatan dan Pengarah PPUKM yg baru... Selain itu...penyampaian hadiah dan sijil bagi beberapa acara dan program yg dijalankan oleh PPUKM sbelum ini.

Antaranya...Tempat Kedua Perarakan Maulidur Rasul 1432H, UKM Bangi.. TAHNIAH & SYABAS..!!!

Seterusnya.....
Pertandingan mereka cipta Pakaian Korporat PPUKM telah diilhamkan untuk menghasilkan reka bentuk pakaian korporat yang beridentitikan Pusat Perubatan UKM. Pertandingan ini telah dibuka untuk penyertaan pada 1 November 2010 dan tutup penyertaan pada 2 Disember 2010 yang lalu.

Daripada 38 penyertaan, pihak Jawatankuasa Pemilihan telah membuat saringan awal dengan mengambil kira beberapa kriteria dan peraturan yang telah ditetapkan dan senarai pendek yang layak untuk pertimbangan Mesyuarat Pengurusan adalah sebanyak 5 penyertaan.

Penerima Sagu hati
(Hadiah berupa Cek bernilai RM 100 dan Sijil)
• Encik Sa’don Samian (Jabatan Radiologi, PPUKM)
• Encik Muhammad Wafi Azizi (Perpustakaan PPUKM)
• Encik Muhammad Hazrin Sapian (Jabatan Pendidikan Perubatan, PPUKM)

Pemenang Tempat KEDUA
(Hadiah berupa Cek bernilai RM 200 dan Sijil)
• Encik Mohd Hezra Sulaiman (Jabatan Maklumat Kesihatan, PPUKM)

Pemenang Tempat PERTAMA
(Hadiah berupa Cek bernilai RM 500 dan Sijil)
• Puan Nurmasdiana Salim (Unit Audit Dalam.)


dan dipersembahkan hasilnya.....(hihihihiiiii)

Zek dan Pn. Nurmasdiana Salim


again...Zek...Pn. Nurmasdiana Salim...dan of course, itu AKU...

(aku sedang mngontrol perut...trmasuk Zek...hihihiii)


[Baju Korporat PPUKM] Hari Pelancaran 7/3/2011....terbaikkk...!!!

Wednesday, March 2, 2011

[dinnerTIME] Malam Anugerah PPUKM 2011

Malam Anugerah Inovasi dan Kecemerlangan Kakitangan PPUKM 2010 diadakan di Palace of The Golden Horses, MiNES pada 25/2/2011 yang lalu....selepas perarakan Maulidur Rasul di UKM, Bangi pada sebelah paginya.....

Seharian yang keletihan bg aku...dan sahabat2 yg lain. Namun output itu yg penting...kepuasan untuk semua pihak yg terlibat...diundang dan mengundang dapat merasai bahang kegemilangan Malam Anugerah tersebut....syukur pada Allah..atas kudrat dan iradat yg dikurniakan, aku mampu merealisasikannya seharian suntuk.....bermula dr perarakan....rehearsal dan Pengacara Majlis utk malam itu....

Sedikit gmbaran pada mlm kejadian.....


Sepetang rehearsal di Palace of The Golden Horses, MiNES...
...dewan yg indah....Perdana Ballroom
Detik sebelum bermulanya Malam Anugerah Inovasi dan Kecemerlangan PPUKM
Pengacara Majlis memulakan salutasi awal.....(bersama Pn. Shazlin)
mybest buddies...Zek
dipenghujung malam kejadian...also mybest buddies..Yeob

from left : Yeob, Burn..aku... dan Zamri

with lil'best buddies...Burn...

also from left : Midi, aku, Am, Haziq dan Zek

Raja kembali bertaktha...hehehee..

Semoga berjumpa lagi tahun hadapan...InsyAllah...

[solahalaikallah...]......1st runner-up...25/2/2011

Salam Maulidurrasul 1432h bersamaan 25/2/2011

....RASULULLAH......
Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela


1st Runner-Up...........PPUKM...!!!


Salam Maulidurrasul 1432h bersamaan 25/2/2011