Majdeena Naffesa Hasyeema

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Wednesday, June 2, 2010

[Minggu Pertama, Jun] Kebesaran dan Ketentuan Maha Pencipta. Allah Maha Mengetahui

Jun 2, 2010......
Hari ulangtahun aku yg ke-32. Wahhhh...begitu cepat masa berlalu, dan x sangka umur aku dan mencecah angka 3. Baru lg rasanya, aku menikmati umur aku 30thn....nahhhh, skang aku dah 32thn.....2 thn dah berlalu.....
Pelbagai citer suka duka sepanjang usia aku ni.....anyway, aku sebagai umat Islam...insan yg kerdil pada pandangan Maha Pencipta...pasti redha dgn ketentuanNya dan mndoakan supaya sentiasa dlm keredhaanNya.
Minggu pertama dlm Jun...akan tetap dan terus mnjadi ingtan aku sampe bila2.....sampai aku mati.
Ya Allah.....dgn kebesaranMu, insan ini dilahirkan pada 2Jun....dgn kemuliaanMu insan ini dibesarkan dgn penuh kasihsyg oleh "sepasang insan" yg mendidik dan mengasuhku tanpa mengabaikan ilmu-ilmu Mu....yg tidak kenal erti penat lelah...tidak hiraukan apa org kata..."sepasang insan" yg kental...yg kuat dan yg pasti penuh kasihsyg....turut membesarkan 8abg/kakak aku yg lain.... "sepasang insan" yg tidak membezakan kasihsyg cinta pada anak2...walopun sering dirungut2 oleh anak2.....
Kami berdosa ya Allah.....kami hina ya Allah....ampunkan kami...ampunkan aku ya Allah...ternyata, Engkau lanjutkan usiaku utk aku sehingga kini aku sudah menghirup udaraMu...aku menghembus dan menghela setiap nafas kurniaanMu dan menjadi aku kini.....ternyata aku masih diberi peluang untuk itu semua.....ternyata aku diberi peluang utk aku membalas jasa2 "sepasang insan" tersebut.....dgn kurniakan aku kekuatan utk aku terus mendoakan kesejahteraan "sepasang insan" itu...semoga ditempatkan di bawah riayahMu dan di kalangan mereka yang mendapat keredhaanMu...
"Sepasang insan" itu.......
Allahyarhamah Che Jam Awang (5 Jun) dan Allahyarham Hashim Awang (9 Jun) ayhda dan bonda tercinta.
Pemergian ayah dan mak....amat aku terasa...tambahan lg, tarikh pemergian mereka dlm minggu pertama Jun.... i'm clueless.....
Semoga ayah dan mak......bahagia dan sejahtera di sana......
Anakmu sentiasa doakan ayah dan mak......hanya itu yg mampu dr anakmu yg bongsu ini....
Anakmu yg bongsu ini tidak sempat mempersembahkan menantu bongsu...di kala anakmu ini mendirikan rumahtngga pada 2006, ayah dah mak sudah awl menemui Allah SWT. Insy'Allah....anakmu ini akan terus mengamalkan ilmu Islam, ilmu kebaikan dan tauladan yg ditunjukkan oleh ayah dan mak dalam rumahtngga kami.
Sesungguhnya, walopun ayah dan mak tiada semasa hari perkahwinan (2006)...paksu xdpt mendengar bisikan kasihsyg ditelinga semasa hari ijabkabul tempoh hari, sptmana bisikan2 yg pernah ayah dan mak bisikkan pada abg dan kakak yg lain.......paksu rindu ayah ngan mak pada hari tersebut......rindu sgt2....ayah dan mak sentiasa ada di sisi pada tika dan saat itu....
Kepada ayah dan mak.....
Damailah ayah dan mak di sana......paksu akan terus mndoakan kebahagiaan dan kesejahteraan smoga ayah dan mak ditempatkan di kalangan org2 mukmin yg sntiasa diredhai Allah.
Al-Fatihah.....
[Minggu Pertama Jun] Kebesaran dan Ketentuan Maha Pencipta. Allah Maha Mengetahui.