Majdeena Naffesa Hasyeema

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Monday, March 28, 2011

Monday, March 7, 2011

[Baju Korporat PPUKM] Hari Pelancaran 7/3/2011

Majlis Perhimpunan Kakitangan PPUKM Bil 2/2011.
7/3/2011
Auditorium PPUKM
.

Aku...mcm biasa sbg Pengacara Majlis...dan back-up MC adalah Zek...mybest buddies...
Pada hari perhimpunan ni...pelbagai makluman terkini disampaikn oleh YBhg. Prof. Dato' Dr. Raymond Azman Ali, Dekan Fakulti Perubatan dan Pengarah PPUKM yg baru... Selain itu...penyampaian hadiah dan sijil bagi beberapa acara dan program yg dijalankan oleh PPUKM sbelum ini.

Antaranya...Tempat Kedua Perarakan Maulidur Rasul 1432H, UKM Bangi.. TAHNIAH & SYABAS..!!!

Seterusnya.....
Pertandingan mereka cipta Pakaian Korporat PPUKM telah diilhamkan untuk menghasilkan reka bentuk pakaian korporat yang beridentitikan Pusat Perubatan UKM. Pertandingan ini telah dibuka untuk penyertaan pada 1 November 2010 dan tutup penyertaan pada 2 Disember 2010 yang lalu.

Daripada 38 penyertaan, pihak Jawatankuasa Pemilihan telah membuat saringan awal dengan mengambil kira beberapa kriteria dan peraturan yang telah ditetapkan dan senarai pendek yang layak untuk pertimbangan Mesyuarat Pengurusan adalah sebanyak 5 penyertaan.

Penerima Sagu hati
(Hadiah berupa Cek bernilai RM 100 dan Sijil)
• Encik Sa’don Samian (Jabatan Radiologi, PPUKM)
• Encik Muhammad Wafi Azizi (Perpustakaan PPUKM)
• Encik Muhammad Hazrin Sapian (Jabatan Pendidikan Perubatan, PPUKM)

Pemenang Tempat KEDUA
(Hadiah berupa Cek bernilai RM 200 dan Sijil)
• Encik Mohd Hezra Sulaiman (Jabatan Maklumat Kesihatan, PPUKM)

Pemenang Tempat PERTAMA
(Hadiah berupa Cek bernilai RM 500 dan Sijil)
• Puan Nurmasdiana Salim (Unit Audit Dalam.)


dan dipersembahkan hasilnya.....(hihihihiiiii)

Zek dan Pn. Nurmasdiana Salim


again...Zek...Pn. Nurmasdiana Salim...dan of course, itu AKU...

(aku sedang mngontrol perut...trmasuk Zek...hihihiii)


[Baju Korporat PPUKM] Hari Pelancaran 7/3/2011....terbaikkk...!!!

Wednesday, March 2, 2011

[dinnerTIME] Malam Anugerah PPUKM 2011

Malam Anugerah Inovasi dan Kecemerlangan Kakitangan PPUKM 2010 diadakan di Palace of The Golden Horses, MiNES pada 25/2/2011 yang lalu....selepas perarakan Maulidur Rasul di UKM, Bangi pada sebelah paginya.....

Seharian yang keletihan bg aku...dan sahabat2 yg lain. Namun output itu yg penting...kepuasan untuk semua pihak yg terlibat...diundang dan mengundang dapat merasai bahang kegemilangan Malam Anugerah tersebut....syukur pada Allah..atas kudrat dan iradat yg dikurniakan, aku mampu merealisasikannya seharian suntuk.....bermula dr perarakan....rehearsal dan Pengacara Majlis utk malam itu....

Sedikit gmbaran pada mlm kejadian.....


Sepetang rehearsal di Palace of The Golden Horses, MiNES...
...dewan yg indah....Perdana Ballroom
Detik sebelum bermulanya Malam Anugerah Inovasi dan Kecemerlangan PPUKM
Pengacara Majlis memulakan salutasi awal.....(bersama Pn. Shazlin)
mybest buddies...Zek
dipenghujung malam kejadian...also mybest buddies..Yeob

from left : Yeob, Burn..aku... dan Zamri

with lil'best buddies...Burn...

also from left : Midi, aku, Am, Haziq dan Zek

Raja kembali bertaktha...hehehee..

Semoga berjumpa lagi tahun hadapan...InsyAllah...

[solahalaikallah...]......1st runner-up...25/2/2011

Salam Maulidurrasul 1432h bersamaan 25/2/2011

....RASULULLAH......
Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela


1st Runner-Up...........PPUKM...!!!


Salam Maulidurrasul 1432h bersamaan 25/2/2011