Tuesday, January 18, 2011
[15&16jan2011]....lets SWEETCHAT....
Thursday, January 13, 2011
[whtsDAYisTODAY].....seven1twothousand11.....
smoga permulaan tahun baru 2011 dan thn 1432h bakal menjadikan bbe, hambaNya yg terus kekal dirahmati dan diberkati...Aminnn
"Dan Allah menciptakan kamu daripada tanah, kemudian daripada “nuthfah” (air mani), kemudian Dia (Allah) menjadikan kamu berpasangan. Dan tidak ada seorang perempuan pun mengandung dan tidak (pula) melahirkan, melainkan dengan pengetahuan-Nya (Allah).




selamat ulangtahun kelahiran isteriku;
Puan Norazuar Nadia Mohamed Thakayeedin
Thursday, January 6, 2011
[TRAGEDI JANUARI 2011]..mySCOOT crash boom bang....
Jdnya...drpd "kaloi" dok parking je kat umah, dan dah lama x bergerak jauh...maka aku pun bg le kat dorg..(maklumlah, dorg pun nak merasa naik skuter utk perjalanan yg long distance....1st time for them..).
Skuter bergerak dr parking hari khamis...dan tetiba pada jumaat (31disember2010, jam 11.00pagi), aku dpt call dr salah sorng anakbuah aku yg blk skali....."paksu.....yon eksiden"...
crash booommm bang.....!!!
dorg berkali2 mintak maaf....dan aku sbg umat Allah sudah maafkan...siapalah aku...dan kita sama di mataNya... Aku redha dgn kejadian dan ketentuan ILlahi. Dan aku tetap bersyukur, kerana anakbuah aku masih selamat..walopun alami kecederaan parah. Semoga dia mndapat pengajaran yg terbaik dalam hidupnya...dan pengalaman dari tingkahlakunya sndiri..
Di bwh ni...aku selitkan mesej yg aku bg kat dia...(reply dr mesej dia...yg minta maaf dr aku...-dlm FB aku...)
"salam kembali....
psu dan msu maafkan....
tidak dinafikan...dan tipulah kalo psu kata x frust dan sedih ngan kejadian ni...tmbahan msu yg tgh prgnant, pastu dpt tau lak mtr tu xsiden....sbb msu yg nak beli mtr tu....kira mtr kesayangan dia jg laa..
tp, ketentuan ALlah mengatasi segala2nya...cumanya, kita sbg umatNya kena sntiasa menjaga amanah dan tanggungjawab dgn baik....apa yg psu (atau sesape yg bg pun...tmbahan org tua...) adalah amanah walopun sekeping duit 5sen pun....jagalah ngan penuh tnggungjawab...
psu xfikir sgt pasal apa yg rosak kat mtr tu...tp, psu terpikir mcmana ngan yon yg patah....ngan keja lg...ngan mak lagi...susah ati itu ini....adik2 sumer pompuan....sian tau..... pesan psu, lenkali kita sntiasa ingtkan org lain melebihi dr kita sndiri....terbaikk, ingt ahli keluarga sndiri...drpd org luar.....jgn pentingkan diri.
Mtr mmg cc besar....tp, x semestinya nak kena bw laju sntiasa...dan mcm tu jg ngan mtr yon tu, x smestinya kena bw laju sntiasa.....mmg sbelum ni, kita sntiasa selamat...tp, kalo Tuhan nak tunjuk....sape tau kann... Mcm tu jg la psu....keta cc besar, tp xdak la psu nak bw lebih laju lg......kita kena ingt org tersayang sekeliling kita...dan syukur ngan apa benda yg kita miliki skang ni.. elakkan dari perasaan takbur dan bangga diri...riak...itu sumer makanan syaitan......
psu bkn nak berleter ape ke...bebel ke...xdak trlintas pun..tp, psu pesan dan nasihat yon supaya amik ni sbg pengajaran dlm kehidupan...pengalaman bg org yg tidak mengambilberat ckp org tua2...
ni, psu dok dgr...yon bw mtr sndiri pun trburu2....kawan2 psu nampak kat jln...dan citer kat psu.....psu bole kata apa, "smoga dia sntiasa dilindungiNya..."..tp, tu laa secekap2 mana pun kita..sedetik kita lupakan ALlah, syaitan akan amik peluang ni utk menjahanamkan kita...(dgn apa cara sekalipun....). Ingat tu...
lg satu....psu brsyukur...yon patah bahu dan retak paha....dan masih diberi peluang utk yon muhasabah diri...diberi peluang utk tgk mata mak...mata adik2 yg masih perlukan perhatian satu2nya waris lelaki dlm keluarga yon... Katakan lah, kalo yon dah "padam" time tu....mana mak nak brgantung lg....Ingat tu...
la ni....benda pun dah jd...kita kena pikir lak apa nak buat lepas2 nih...mtr kat bengkel..nak uruskan itu ini....dan mcm2 lg....
psu doakan sumer kembali oke...dan mndapat kemudahan kurniaan dr Allah utk kita lalui benda ni...uruskan apa2 selepas ini. pesan psu......ingt Allah sntiasa...dan ingtlah mati (sekiranya kita sntiasa ingt mati...maka kita akan sntiasa ingt Allah, dgn ibadat2 yg kita wajib lakukan...)..bukan psu nak bersyarah agama ke ape ke...tp, psu rasa inilah pesanan dr pakmenakan yon utk kebaikkan yon dan kluarga...
kim salam kat mak dan yg lelain......"
Benar kata ilmuan :
Sebagai umat Islam yang beriman adalah kita diwajibkan mempercayai dan mengimani qada dan qadar. Segala yang berlaku adalah dari Allah Taala semuanya. Kita hanya mampu berusaha dan berdoa akan tetapi Allah Taala jualah yang Maha Berkuasa yang menuntukan segala sesuatu itu.
Semoga kita semua dpt mengambil iktibar dr kejadian ni....insy'Allah...
Monday, January 3, 2011
[SelamatDatang2011]....Jom Mulakan.....
Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).
Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.
CARA MELAKSANAKANNYA:
Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.
Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.
DOA SOLAT DHUHA:
“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu,
[....Jom Mulakan.....]
Thursday, December 30, 2010
[ending2010]...Blueishhh Malaysia...!!!
Alhamdulillah....penghujung 2010, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berjaya menaikkan nama dan imej "Malaysia Boleh" dgn kemenangan yg begitu bermakna dan begitu dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia...walau di mana jua pun berada....di Malaysia atau di seluruh dunia.... pasti mereka2 yg di luar Malaysia kini bangga dgn keramat "Malaysia Boleh"!!!
Bermula langkah dgn kekalahan yg begitu ranap...dikalahkan oleh Indonesia 5-1. Tp, atas kesungguhan pemain dan sokongan padu rakyat Malaysia, khasnya penyokong Malaysia yg berdiri di belakang "Ultras Malaya...Tiger Malaya..." dan mcm2 lg.... Malaysia berjaya membawa "bekal" selesa utk dibawa berkunjung ke Indonesia...TERRRRRRRRRBAIKKKKK...!!!
Tahniah kepada pasukan muda Malaysia...yg rata2 pemain baru dlm pasukan kebangsaan. Tahniah kepada "Jeneral" Malaysia...En. Rajagobal. U're the man, bro...!!! Inilah impian seluruh rakyat Malaysia...yg dr dulu mengharapkan muka2 baru di atas padang, bertindak sebagai "1st Eleven"....bukan sekadar "supersubs" shj......
Kepada muka2 senior......anda juga terbaik...kerana adanya anda semua, kita dpt berfikir di luar kotak pemikiran....demi mempertingkatkan maruah bolasepak negara. Anda berundur, bukan tandanya anda lemah atau kalah....tp, anda bertindak sbg pemerhati dan pendorong semangat kepada adik2 baru ini....ternyata, adik2 mampu buktikan bahawa adik juga mampu setanding kehebatan abg2.... Masa dan detik waktu berubah2.....ini masa adik2 kita..insyAllah akan-akan datang masa anak2 kita pulak....sape tahu kann...
Bro Safee.....lu mmg cool brader....walau mcmana keadaan sekalipun, anda tetap tenang dan tidak sekali2 emo ngan tindakan pihak lawan.....respek...salute....tabik springgg bro... Ini lah dinamakan "fairplay".....semangat kesukanan dan persahabatan yg tinggi....dan patut dicontohi oleh rakan sepasukan...dan semua org yg muka bumi ini...... "Down to earth"...!!! Tahniah di atas kemenangan dan gelaran sbg "Pemain Terbaik AFF Suzuki" selaku penjaring terbanyak dan kini anda tersenarai di antara penjaring2 terbanyak sebelum ini. Bro Safee Sali...
Satu lagi lakaran sejarah tercipta...SYABAS...TAHNIAH.....dan TERIMA KASIH MALAYSIA..!!! Semoga ia memberi lembaran baru dalam membuka tirai 2011, selepas berlabuhnya tirai 2010 pada Jumaat (31/12/2010) dan pada detik 00.01 Sabtu 01/01/11.















