Majdeena Naffesa Hasyeema

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Thursday, December 18, 2008

[ALLAH MAHA MENGETAHUI] dugaan demi dugaan

salam all families.....
smlm (17/12/2008), aku dan nadia dikejutkan lg dugaan yg kali ke4 dlm khidupan kami suami isteri.as all know...Nadia prgnant utk kali ke4 dlm tempoh 2tahun perkahwinan kami...alhamdulillah, anugerah Illahi.

dan smlm, sekali lg menguji ketabahan dan kesabaran kami suami isteri...hasil drpada report....treatment, scan ultrasound dan segala mcm bg temujanji ibu mngandung...isteriku yg tercinta kmbali sugul dan hiba...apatah lg, aku yg tidak seberapa hebat tahap naluri seorg ayah lg, kmbali perlu mempersiapkan minda dan keyakinan diri utk memulihkan emosi seorg isteri...

17/12/2008....ujian ultrasound telah dibuat. hasil penemuan dan gmbaran jelas terpampang sekujur tubuh bayi yg baru terbentuk tgkorak kepala dan rangka serta kaki yg kecil (pada usia 10minggu lebey..). jelas bayi itu comel dan memenuhi anugerah yg telah dikurniakan illahi...hati mana yg tidak gmbira, apabila permata hati kelihatan di mata...dlm tempoh ujian scan dan ultrasound dibuat, beberapa minit selepas itu.....pakar O&G memandang kami suami isteri tanpa berkata2 dan muka berubah kini....hanya keluar dr mulutnya "Sabar encik dan puan.......Allah lebih menyayangi dan Maha Mengetahui sesuatu kejadian...."... dan aku serta isteri mula memandang sesama sndri....hati terdetik sesuatu yg tidak diingini....hati kecilku pula menyndiri serta terlintas "knape, anak kecil yg comel ini...tidak berpeluang melihat keindahan duniawi....dan tidak sempat mendakap walid dan ummi...???" pada saat itu, aku hnya mampu senyum yd tiada seri....senyum sekadar menyejukkan hati dan menenangkan diri....mngkin keputusan pakar itu, belum lg rasmi.......

aku dan isteri dibawa ke bilik perundingan....pakar ingin memberi sedikit pandangan. tidakku sangka, pakar O&G yg aku temui dlm bilik kini pula menahan sebak....apabila wajah senyumgembira kami bertukar sedih. tgn isteriku mula digenggam oleh pakar, dan berkata "bw bertenang puan.....kita dan melakukan yg terbaik...tetapi Allah jua penentu jadinya...." hasil drpd laporan dan ulasan pakar, kini jelas babyku sudah tiada....dengupan jantungnya tiada memberi sebarang reaksi...... aduhhhh, pedih sungguh terasa.....hati isteriku seolah dipalu2.....satu demi satu....."Allahuakbar.....sungguh besar dugaanMu terhadap kami..." bkn aku mengeluh dan bukan isteriku merungut...tetapi, kehendak Illahi, kami terima kini..... (tipu laaaaa, kalo aku kata xsedih langsung dan boleh terima mudah2.....) mana tidaknye....harapan menggunung, ranap secara tiba2......

utk tidak terus putus asa..pakar tersebut meminta kami (isteriku) mmbuat imbasan ultrasound smula pada hari isnin ni (22/12/2008)....kalo benar2 sudah kompom, denyutan jantung tiada...baru keputusan DNC dibuat ke atas isteriku.....DNC yg ke4.......sakit zahiriah mmg terasa oleh isteriku, dan ditambah lg sakit batiniah......hnya isteriku dan Allah sj yg tahu.... andai ku tahu.........takan ku biarkan penyakit itu dtanggung oleh isteriku sorg....tp, bak kata pepatah.."luka di kaki nampak parutnya.....luka di hati, siapa yg tahu......dan hnya Allah Maha Mengetahui..."

jd.....aku mngharapkan keputusan pada hari isnin ini.....sesuatu yg rasmi samaada DISELAMATKAN atau TIDAK DISELAMATKAN......doakan kami yg baik2 aje....semoga kami kuat dan tabah mnghadapi segala dugaan mndatang.....

[ALLAH MAHA MENGETAHUI] dugaan demi dugaan

1 comment:

FaRaDeeB said...
This comment has been removed by the author.