Majdeena Naffesa Hasyeema

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Monday, January 3, 2011

[SelamatDatang2011]....Jom Mulakan.....

[....Solat Sunat Dhuha....]

RUANG DAN WAKTU AFDAL:
Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.

Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.

CARA MELAKSANAKANNYA:
Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.

Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)

Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

DOA SOLAT DHUHA:
“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu,
kecantikan itu ialah kecantikanmu,
keindahan itu keindahanmu,
kekuatan itu kekuatanmu,
kekuasaan itu kekuasaanmu, dan
perlindungan itu perlindunganmu.
Ya Allah...
jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah
jika ada di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar mudahkanlah,
jika haram sucikanlah.
Jika masih jauh dekatkanlah.
Ya ALlah...Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dariNya....dari ruang....dari masa.....dan dari pancaindera yg dikurniakan olehNya....Aminnn.....!!!

[....Jom Mulakan.....]
"Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu. "

Thursday, December 30, 2010

[ending2010]...Blueishhh Malaysia...!!!

We're d'champion my friend....!!!

Alhamdulillah....penghujung 2010, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berjaya menaikkan nama dan imej "Malaysia Boleh" dgn kemenangan yg begitu bermakna dan begitu dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia...walau di mana jua pun berada....di Malaysia atau di seluruh dunia.... pasti mereka2 yg di luar Malaysia kini bangga dgn keramat "Malaysia Boleh"!!!

Bermula langkah dgn kekalahan yg begitu ranap...dikalahkan oleh Indonesia 5-1. Tp, atas kesungguhan pemain dan sokongan padu rakyat Malaysia, khasnya penyokong Malaysia yg berdiri di belakang "Ultras Malaya...Tiger Malaya..." dan mcm2 lg.... Malaysia berjaya membawa "bekal" selesa utk dibawa berkunjung ke Indonesia...TERRRRRRRRRBAIKKKKK...!!!

Tahniah kepada pasukan muda Malaysia...yg rata2 pemain baru dlm pasukan kebangsaan. Tahniah kepada "Jeneral" Malaysia...En. Rajagobal. U're the man, bro...!!! Inilah impian seluruh rakyat Malaysia...yg dr dulu mengharapkan muka2 baru di atas padang, bertindak sebagai "1st Eleven"....bukan sekadar "supersubs" shj......

Kepada muka2 senior......anda juga terbaik...kerana adanya anda semua, kita dpt berfikir di luar kotak pemikiran....demi mempertingkatkan maruah bolasepak negara. Anda berundur, bukan tandanya anda lemah atau kalah....tp, anda bertindak sbg pemerhati dan pendorong semangat kepada adik2 baru ini....ternyata, adik2 mampu buktikan bahawa adik juga mampu setanding kehebatan abg2.... Masa dan detik waktu berubah2.....ini masa adik2 kita..insyAllah akan-akan datang masa anak2 kita pulak....sape tahu kann...

Bro Safee.....lu mmg cool brader....walau mcmana keadaan sekalipun, anda tetap tenang dan tidak sekali2 emo ngan tindakan pihak lawan.....respek...salute....tabik springgg bro... Ini lah dinamakan "fairplay".....semangat kesukanan dan persahabatan yg tinggi....dan patut dicontohi oleh rakan sepasukan...dan semua org yg muka bumi ini...... "Down to earth"...!!! Tahniah di atas kemenangan dan gelaran sbg "Pemain Terbaik AFF Suzuki" selaku penjaring terbanyak dan kini anda tersenarai di antara penjaring2 terbanyak sebelum ini. Bro Safee Sali...

Satu lagi lakaran sejarah tercipta...SYABAS...TAHNIAH.....dan TERIMA KASIH MALAYSIA..!!! Semoga ia memberi lembaran baru dalam membuka tirai 2011, selepas berlabuhnya tirai 2010 pada Jumaat (31/12/2010) dan pada detik 00.01 Sabtu 01/01/11.

SEJARAH TERCIPTA 2010
...TAHNIAH MALAYSIA...!!!

Tuesday, December 28, 2010

[27disember2010]....Buat Julung-julung Kalinya.....

27disember2010....tarikh terakhir dlm tahun 2010, isteriku membuat detail scan.


Untuk makluman, atas keperluan tertentu maka isteriku dikehendaki membuat imbasan ultrasound every week (on monday) dari tarikh awl kandungannya sehingga ke satu tarikh yg bakal dimaklumkan oleh Prof. Shuhaila (Pakar O&G, very nice pakar yg aku refer.....syukur...).


Prof Shuhaila mmg salah seorang pakar yg aku refer dari kandungan isteriku yg pertama lg....sehinggalah beliau terus dan akan tetap mngambil kes isteriku ini untuk kandungan sekarang dan akan datang... Terima kasih, prof...di atas perhatian terperinci yg diberikan trhadap isteriku.

















sedikit ole-ole dtl scan pada 27/12/2010.....

alhamdulillah.....tidak terasa air mata mengalir bila melihat adanya jasad dan roh dlm rahim isteriku.....

ayah dan ibu....kini dpt melihat anaknda pada setiap minggu....hari yg dinanti...kelahiranmu ke dunia..wahai anakku.......smoga Allah...berikan kekuatan kpd kami...dan kepada anak yg dikandung ini...Amiinnn....



Thursday, December 23, 2010

[SubhanAllah] Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.

Pertemuan sungai dan laut.
Semoga kita semua mendapat manfaat dan memanfaatkannya insyaAllah.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery' pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.
Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan (surat Ar-Rahman:19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez .
Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. ." Artinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surat Al Furqan:53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman:22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan" ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20.

Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannyamutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam. Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.

Photobucket

Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.

Tuesday, December 21, 2010

[Air Zam Zam] Penghulu Segala Air

[ Air Zam Zam Penghulu Segala Air ]

AIR ZAM ZAM mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan berbanding air lain. Perkara ini diperakui oleh banyak kajian saintifik, termasuk sarjana Barat. Air zamzam mempunyai banyak khasiat dan kelebihan seperti sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud: "Sebaik-baik air di permukaan bumi adalah air zamzam. Padanya ada makanan yang menyegarkan dan penawar bagi segala penyakit."

Ia juga mempunyai beberapa keistimewaan antaranya tidak pernah kering walaupun berjuta-juta manusia memanfaatkannya setiap hari, terutama pada musim haji. Air zamzam tidak akan kering hingga hari kiamat. Hal itu, adalah bukti keagungan dan kebesaran Allah.

Disebutkan dalam hadis, Jabir bin `Abdullah, katanya: "Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: "Air zamzam itu diminum untuk keperluan apa saja." (Hadis riwayat Ibnu Majah)

ADAB atau peraturan minum air zamzam itu, antaranya:-

Daripada Abdullah bin Abi Mulaikah, katanya: "Seorang lelaki datang menemui Ibnu Abbas. Lalu bertanya Ibnu Abbas: "Tuan datang dari mana?"

Lelaki itu menjawab: "Saya baru lepas minum air zamzam."

Tanya Ibnu Abbas lagi: "Adakah tuan minum itu mengikut cara yang sepatutnya?"

Lelaki itu tidak menjawab, sebaliknya bertanya pula kepada Ibnu Abbas: "Bagaimanakah caranya wahai lbnu Abbas?"

Ibnu Abbas menjelaskan: "Apabila minum air zamzam hendaklah menghadap kiblat, sebutkan nama Allah (baca Bismillah) dan bernafas di luar bijana, kemudian baru teguk lagi dan (sesudah selesai minum) ucapkan pujian kepada Allah (baca Alhamdulillah). Sesungguhnya Rasulullah SAW ada bersabda: "Perbezaan antara kita dan orang ramai (kaum munafik) adalah mereka itu tidak suka meneguk (minum) air zamzam." (Hadis riwayat Addara Qutni dan lbnu Majah).

Daripada `Ikramah meriwayatkan, bahawa Ibnu Abbas apabila minum air zamzam berdoa (ertinya): "Ya Allah ya Tuhanku! Aku bermohon kepada-Mu supaya dikurniakan ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit." (Hadis riwayat ad-Dara Qutni dan lbnu Majah).

Menurut riwayat, Ibnu Abbas ialah sahabat yang sangat mendalam ilmunya, luas rezekinya dan tidak pernah sakit kecuali penyakit tua.


FAKTA
Rahsia kelebihan air zamzam :-
Boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dengan izin Allah.
Diberkati dan mengeyangkan peminumnya.
Mampu menyempurnakan hajat peminumnya dengan izin Allah.
Allah menjadikan air zamzam sebagai penyebab kepada pembangunan dan kemajuan bumi Makkah. Seterusnya, kewujudan Baitullah di bumi itu.
Antara mata air syurga.
Antara tanda kekuasaan Allah di bumi Makkah